Sunday 15 May 2011

Jom Sertai Kelab Rakan Muda Dan PGMK

     Hari ni, 15/05/2011 .ak ke stadium Sultan Muhammad 1v.Sebelum tu, ak buka laman web
 http://jmc-kotabharu.blogspot.com/, ade la entries pasal Program 3P - Azam Kerja sempena Hari Belia Peringkat Kebangsaan..so, Rugi x gi,,Pengalaman Pertama aku g Program ni adalah Semasa Diadakan di Kajang ,Selangor..First ak gi, smpat 3x aku Ditemuduga,,hahahaaa.tkot pn ade tw..Kt Kelate, both banyak, tp kje kurang la.Yang de pn Kerja kilang ( Operator Pengeluaran).Keje pilihan aku,  Kerani, dan Kerja2x yg ade Kaitan dggn course ak ( Memilih Keje Aku Ni ) ..Kn2x !!


      So, pusing2x pnye pusing sorng diri kt Program ni, ak ke both PERTUBUHAN PENGERAK GENERASI MUDA MALAYSIA NEGERI KELANTAN ( PGMK). Tiba2x, ada akak ni paggil aku '' Adik comel , jom la sertai kami PGMK !!!  dgr bunyi PGMK,ak terlopong jap.. dlm ati aku, ape tu PGMK ?? cmpur plak  akak tu panggil ak Adik Comel, trus ak cover comel.hahahaaaa.Comel la sangat kn ? huhuhu.. akak tu trus explain ttg PGMK..Menurut beliau, PGMK sama je mcm RAKAN MUDA. selepas di explain selama 10 minit..ak trus angkat punggung ke Both RAKAN MUDA.kt both ni ak didaftarkn sebagai RAKAN MUDA.selepas x sampai 2 minit ak isi borang..Abang yg jga Both tu trus bagi kad kepada aku,,





Sesape yg first daftar , korang akan dpt Kad RAKAN MUDA KLASIK .Ak sebenarnya, da lama peram hati nk sertai Kelab ni tw,,Banyak Faedah tw,Menarik bg Belia yg umur 15-25 Tahun..


Kad Rakan Muda merupakan kad keahlian untuk program Rakan Muda. Kad ini diberikan kepada ahli Rakan Muda secara PERCUMA. Ia merupakan lambang pengiktirafan kepada ahli mengikut penglibatan mereka dalam aktiviti bermanfaat kepada masyarakat dan dan selaras dengan usaha kerajaan membina insan yang berkualiti. Kad ini juga memberi banyak keistimewaan dan ganjaran kepada ahli. SEMAKIN TINGGI TARAF KAD YANG DIMILIKI, SEMAKIN HEBAT GANJARANNYA!

#Kad Rakan Muda Klasik
Ahli yang memohon untuk kali pertama akan menerima kad keahlian Rakan Muda Klasik.

- Warganegara Malaysia.
- Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.

Kelebihan :
-Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
-Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
-Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
-Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan

#Kad Rakan Muda Emas
Ahli yang telah memiliki kad keahlian Rakan Muda Klasik layak memohon untuk bertukar kepada Kad Keahlian Rakan Muda Emas sekiranya memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :-

-Warganegara Malaysia.
-Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
-Memiliki Kad Keahlian Rakan Muda Klasik lebih dari 6 bulan.
-Telah menyertai 10 dan lebih aktiviti dari kesemua 7 Gaya Hidup Rakan Muda.
-Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai tahap pingat Perak.


Kelebihan :
-Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
-Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
-Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
-Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan
-Baucer dan promosi / pakej istimewa
-Peluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta

#Kad Rakan Muda Platinum
Ahli yang telah memiliki kad keahlian Rakan Muda Klasik layak memohon untuk bertukar kepada Kad Keahlian Rakan Muda Emas sekiranya memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :-

-Warganegara Malaysia.
-Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
-Memiliki Kad Keahlian Rakan Muda Klasik lebih dari 6 bulan.
-Telah menyertai 20 atau lebih aktiviti dari kesemua 7 Gaya Hidup Rakan Muda dan minima 4 aktiviti Rakan Masyarakat.
-Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai tahap pingat Emas.
-Kad ini juga akan diberikan kepada remaja yang diiktiraf berjasa dan memberikan sumbangan besar kepada negara.

Kelebihan :
-Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
-Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
-Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
-Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan
-Baucer dan promosi / pakej istimewa
-Peluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta
-Jemputan khas / istimewa ke seminar, majlis makan malam, bengkel, pertunjukan
-Kelayakan menerima kemudahan pinjaman / biasiswa bagi ahli yang ingin menyambung pelajaran ke IPT
-Peluang meyertai aktiviti / program lawtan ke luar negeri Anjuran Bahagian Rakan Muda


#CARA MENGGUNAKAN KAD KEAHLIAN RAKAN MUDA

=Menyertai Aktiviti Rakan Muda=
-Pilih aktiviti yang ingin disertai dengan melawat laman web Rakan Muda di www.2-u.com.my ataupun menghubungi Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan Daerah ataupun Badan-badan Sukarela (NGO’s) serta mana-mana agensi yang dilantik oleh KBS untuk menganjurkan aktiviti/program Rakan Muda.

-Kad hendaklah dibawa setiap kali menyertai aktiviti bagi tujuan pengesahan.

-Kad akan dileretkan ke terminal oleh pegawai yang bertugas dan kehadiran akan direkod ke dalam sistem pengkalan data.

=Menikmati Diskaun dan Promosi=
-Kunjungi premis Rakan Niaga yang mengambil bahagian sebagai penaja atau ‘sponsor’.

-Pilih barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga istimewa kepada ahli yang memiliki Kad Rakan Muda.

-Tunjukkan Kad Rakan Muda anda kepada juruwang semasa membuat bayaran bagi tujuan pengesahan.


=Mengumpul Mata Ganjaran=
-Kunjungi premis Rakan Niaga yang mengambil bahagian sebagai penaja atau ‘sponsor’.

-Pilih barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga istimewa kepada ahli yang memiliki Kad Rakan Muda.

-Tunjukkan Kad Rakan Muda anda kepada juruwang semasa membuat bayaran bagi tujuan pengesahan dan kad akan dileretkan ke terminal kad bagi tujuan pengumpulan mata ganjaran.

 So, korang da daftar blom ? Klu x daftar, rugi tw..   

 Wslm...



No comments:

Post a Comment