Tuesday 14 August 2012

Masalah Gejala Sosial Remaja Zaman Sekarang Membimbangkan


Assalamualaikum Warahmatullah Iwabarakatuh .,.

Ari ni, Penulis ingin Membicarakan sedikit tentang Permasalahan Sosial Remaja Pada Zaman Sekarang.Sejak kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat  untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai  murni kemanusiaan serta agama.


Punca Keruntuhan Akhlak

Daripada pemerhatian penulis.  Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat  dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

1.  Keluarga yang miskin tetapi juga  keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang  mempunyai latar belakang yang baik.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak  yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan  hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa  dan anak kurang  mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah  ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya  juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan  wang saku  yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi  oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan  bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya  yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa  yang tidak mengambil berat  tentang kelakukan dan pergaulan anak  remaja  mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan  salah satu faktor keruntuhan akhlak.


2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa

Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan  melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut  dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.Sekarang, kebanyakkan remaja sekarang terdedah dengan laman web porno, penyebaran video seks, pengaruh filem, dan sebgainya.Pihak Kerajaan hendaklah menyekat lama web yang boleh menyebabkan  kerosakan akhlak. Melalui pengalaman penulis melalui penyamaran. Hampir 70 % peratus pengguna Yahoo Massenger adalah  yang mengalami masalah.Antaranya ialah, Krisis keluarga, masalah kerja, pernah dirogol, ketagih seks, golongan mak nyah, gigolo, dan sebgainya .Jumlah peratusan ini agak mengejutkan penulis sendiri.


3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja.

Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
     

4.Kurangnya didikan agama.

     Pendidikan  agama remaja pada zaman sekarang agak rendah.Daripada mengucap kalimah syahadah , membaca Al-Quran, sehinggalah dari segi pengetahuan mengenai hukum hakam  Islam,Remaja sekarang  lalai serta kuranganya pengetahuan.Ianya memang teruk sekaligus menyebabkan masalah social semakin berleluasa.Penulis bukanya hebat sangat pun, tapi penulis ingin syorkan  bahawa Pihak Kerajaan hendaklah mewajibkan PENDIDIKAN AGAMA ISLAM di wajibkan lulus dalam peperiksaan UPSR,PMR, SPM mahupun STPM.Daripada pengetahuan Penulis, Pendidikan Islam  tidak di masukkan dalam peperiksaan UPSR.Apa salahnya, Pendidikan Islam dimartabatkan .Seperti kita tahu, Agama Islam merupakan agama rasmi Negara Malaysia.Daripada lima mata pelajaran ke  6 mata pelajaran.Ianya bukan mustahil.Daripada pengalaman berkerja Penulis dalam memilih calon  untuk di temuduga, Penulis malu kerana rakan-rakan seperjuangan Islam  Penulis gagal dalam matapelajaran Pendidikan Islam dalam peringkat PMR mahupun SPM.Walhal, sebagai Penganut Agama Islam, mata pelajaran Pendidikan Islam hendaklah dijadikan keutamaan.Jangalah kita mengangkat bahasa asing sebagai bahasa pengantra.


Cara Mengatasi Masalah

1. Peranan ibu bapa
 Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau          pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.


2. Pendekatan akademik.

      Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah.
      Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.
      Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5.  Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah.
      Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6.   Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
   Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”
Kesimpulan


Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.Apa yang penting..Kerjasama.



·