Monday 23 May 2011

Hakikat Sebuah Cinta.






Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskaan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.


Sunday 15 May 2011

Jom Sertai Kelab Rakan Muda Dan PGMK

     Hari ni, 15/05/2011 .ak ke stadium Sultan Muhammad 1v.Sebelum tu, ak buka laman web
 http://jmc-kotabharu.blogspot.com/, ade la entries pasal Program 3P - Azam Kerja sempena Hari Belia Peringkat Kebangsaan..so, Rugi x gi,,Pengalaman Pertama aku g Program ni adalah Semasa Diadakan di Kajang ,Selangor..First ak gi, smpat 3x aku Ditemuduga,,hahahaaa.tkot pn ade tw..Kt Kelate, both banyak, tp kje kurang la.Yang de pn Kerja kilang ( Operator Pengeluaran).Keje pilihan aku,  Kerani, dan Kerja2x yg ade Kaitan dggn course ak ( Memilih Keje Aku Ni ) ..Kn2x !!


      So, pusing2x pnye pusing sorng diri kt Program ni, ak ke both PERTUBUHAN PENGERAK GENERASI MUDA MALAYSIA NEGERI KELANTAN ( PGMK). Tiba2x, ada akak ni paggil aku '' Adik comel , jom la sertai kami PGMK !!!  dgr bunyi PGMK,ak terlopong jap.. dlm ati aku, ape tu PGMK ?? cmpur plak  akak tu panggil ak Adik Comel, trus ak cover comel.hahahaaaa.Comel la sangat kn ? huhuhu.. akak tu trus explain ttg PGMK..Menurut beliau, PGMK sama je mcm RAKAN MUDA. selepas di explain selama 10 minit..ak trus angkat punggung ke Both RAKAN MUDA.kt both ni ak didaftarkn sebagai RAKAN MUDA.selepas x sampai 2 minit ak isi borang..Abang yg jga Both tu trus bagi kad kepada aku,,





Sesape yg first daftar , korang akan dpt Kad RAKAN MUDA KLASIK .Ak sebenarnya, da lama peram hati nk sertai Kelab ni tw,,Banyak Faedah tw,Menarik bg Belia yg umur 15-25 Tahun..


Kad Rakan Muda merupakan kad keahlian untuk program Rakan Muda. Kad ini diberikan kepada ahli Rakan Muda secara PERCUMA. Ia merupakan lambang pengiktirafan kepada ahli mengikut penglibatan mereka dalam aktiviti bermanfaat kepada masyarakat dan dan selaras dengan usaha kerajaan membina insan yang berkualiti. Kad ini juga memberi banyak keistimewaan dan ganjaran kepada ahli. SEMAKIN TINGGI TARAF KAD YANG DIMILIKI, SEMAKIN HEBAT GANJARANNYA!

#Kad Rakan Muda Klasik
Ahli yang memohon untuk kali pertama akan menerima kad keahlian Rakan Muda Klasik.

- Warganegara Malaysia.
- Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.

Kelebihan :
-Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
-Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
-Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
-Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan

#Kad Rakan Muda Emas
Ahli yang telah memiliki kad keahlian Rakan Muda Klasik layak memohon untuk bertukar kepada Kad Keahlian Rakan Muda Emas sekiranya memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :-

-Warganegara Malaysia.
-Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
-Memiliki Kad Keahlian Rakan Muda Klasik lebih dari 6 bulan.
-Telah menyertai 10 dan lebih aktiviti dari kesemua 7 Gaya Hidup Rakan Muda.
-Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai tahap pingat Perak.


Kelebihan :
-Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
-Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
-Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
-Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan
-Baucer dan promosi / pakej istimewa
-Peluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta

#Kad Rakan Muda Platinum
Ahli yang telah memiliki kad keahlian Rakan Muda Klasik layak memohon untuk bertukar kepada Kad Keahlian Rakan Muda Emas sekiranya memenuhi beberapa kriteria seperti berikut :-

-Warganegara Malaysia.
-Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
-Memiliki Kad Keahlian Rakan Muda Klasik lebih dari 6 bulan.
-Telah menyertai 20 atau lebih aktiviti dari kesemua 7 Gaya Hidup Rakan Muda dan minima 4 aktiviti Rakan Masyarakat.
-Peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang telah mencapai tahap pingat Emas.
-Kad ini juga akan diberikan kepada remaja yang diiktiraf berjasa dan memberikan sumbangan besar kepada negara.

Kelebihan :
-Diskaun / Khidmat istimewa Rakan Niaga yang mengambil bahagian
-Pengumpulan dan penukaran mata ganjaran untuk hadiah
-Tawaran untuk kemudahan dan khidmat istimewa
-Maklumat terkini melalui SMS,Majalah khas dan
-Baucer dan promosi / pakej istimewa
-Peluang untuk memenangi hadiah dan ganjaran istimewa melalui peraduan yang ditaja khas oleh badan-badan korporat dan swasta
-Jemputan khas / istimewa ke seminar, majlis makan malam, bengkel, pertunjukan
-Kelayakan menerima kemudahan pinjaman / biasiswa bagi ahli yang ingin menyambung pelajaran ke IPT
-Peluang meyertai aktiviti / program lawtan ke luar negeri Anjuran Bahagian Rakan Muda


#CARA MENGGUNAKAN KAD KEAHLIAN RAKAN MUDA

=Menyertai Aktiviti Rakan Muda=
-Pilih aktiviti yang ingin disertai dengan melawat laman web Rakan Muda di www.2-u.com.my ataupun menghubungi Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan Daerah ataupun Badan-badan Sukarela (NGO’s) serta mana-mana agensi yang dilantik oleh KBS untuk menganjurkan aktiviti/program Rakan Muda.

-Kad hendaklah dibawa setiap kali menyertai aktiviti bagi tujuan pengesahan.

-Kad akan dileretkan ke terminal oleh pegawai yang bertugas dan kehadiran akan direkod ke dalam sistem pengkalan data.

=Menikmati Diskaun dan Promosi=
-Kunjungi premis Rakan Niaga yang mengambil bahagian sebagai penaja atau ‘sponsor’.

-Pilih barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga istimewa kepada ahli yang memiliki Kad Rakan Muda.

-Tunjukkan Kad Rakan Muda anda kepada juruwang semasa membuat bayaran bagi tujuan pengesahan.


=Mengumpul Mata Ganjaran=
-Kunjungi premis Rakan Niaga yang mengambil bahagian sebagai penaja atau ‘sponsor’.

-Pilih barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga istimewa kepada ahli yang memiliki Kad Rakan Muda.

-Tunjukkan Kad Rakan Muda anda kepada juruwang semasa membuat bayaran bagi tujuan pengesahan dan kad akan dileretkan ke terminal kad bagi tujuan pengumpulan mata ganjaran.

 So, korang da daftar blom ? Klu x daftar, rugi tw..   

 Wslm...



Wednesday 11 May 2011

Ketawa !

Bismillahirrahmanirrahim.....
Saya adalah seorang yang suka bergurau senda dan sering ketawa berdekah-dekah. Namun kadang-kadang terasa malu dengan tuhan di kala saya sedang bergelak tawa saya juga masih menanggung banyak dosa. Kenapa tidak saya gunakan masa hidup dan masa terluang yang digunakan untuk bergelak tawa itu sebagai waktu untuk bertaubat?
Sebabnya kesedaran itu hilang apabila diri ini terlalu leka bergurau senda dan bergelak tawa seolah-olah tiada sebarang kekesalan dalam diri terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Lantaran itu terlintas dihati ini untuk mengetahui cara bergelak tawa menurut ajaran Islam. Marilah sama-sama mendalami ilmu ini. Semoga Allah menempatkan kita dikalangan orang-orang yang beriman..InsyaAllah...






Dari : Riwayat Abu Daud
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan  sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat- buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah,  mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.
Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh… . Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-
(1) Kerana memikirkan akhirat
(2) Kesibukan mencari keperluan hidup
(3) Risau memikirkan dosa
(4) Apabila tibanya musibah dan bala.
Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”
Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri dan kembali bertaubat kepada tuhan. Banyakkan menangis (kerana Allah) dari ketawa (yang sia-sia) itu adalah amalan yang lebih baik...
Wallahualam.....

Sunday 8 May 2011

Tragedi 28/3/2011

    Assalamualikum Warahmatullah Iwabarakatuh..sPErti yg Dijanji...ak akn Menceritakn  Tragedi Yang memilukan..TanGgal 28 Mac 2011.sEperti Biase .Tepat pkol 5, waktu paling aku namtikan..mana taknya..waktu untuk balik .huhhuu..Actuallly, ak wt Prktkl Kt MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU..semasa balik tu, cuaca ok lagi,cerah..setelah sampi umah.ak trus tanggalkan baju Kemeja n trus buka laptop..Biesa la, anak muda.., buka facebook n main la POKer..( game Favourte ) tp asyik kalah je..hahahhaa...

lpas 15 minit layan Benda yang xde pedoh (FAEDAH),Tiba2x, angin kuat datang secara mendadak.trus aku ambik fon n take a video..pada aku, klu benda yang pelik2x, trus take a picture or Video...selang 7-10 minit angin yg kuat  trus berhenti..,pastu, trus ak layan blik poker (puaka) ,,10 minit kemudian, nada dering BOONEY M = Daddy Cool . tersentak ak dibuatnya.  suyah memberitahu ak, bahawa adik Naim accident..terkejut ugk aku dibuatnya,Suyah menyuruh ak bersiap ke HOSPITAL BESAR KOTA BHARU..dgn spantas kilat, ak sempat capai baju t shirt,n seluar slack..mmg sempoi..hahaahhaha

Suyah n ak trus ke arah Kak Long, panggilan untk Ibu adik Naim..ak  dpt lihat,air mata kak long sudah abis meratapi Adik Naim.Mnurut Kak Long, ptg tu, Adik Naim bermain basikal Dihalaman Umah.dgn angin kuat datang.tiba2x sebuah Kereta lalu dengan Laju Trus Mlanggar Adik Naim..bukan sahaja langgar..tp dipijak.setiap kata2x yg dibicara kan oleh Kak Long, membuatkan air mata aku jatuh perlahan-lahan..sdey tak terhingga.aku sempat menjenguk adik naim di dalam bilik kecemasan.Mama !!!!!! Mama !!!! Mama !!!!!
adik sakit..Mama !!!!!! Mama !!!! ,suara adik Naim jelas kedengaran.

sElepas Itu,adik Naim dimasukkan ke ICU,Sanak saudara datang untuk Melihat Keadaan..aku dan SUyah balik sekejap untuk menukar pakaian,pkol 9 mlm lebih, ak dan Suyah skali ag Ke hOSpital..sELEPas 5 Jam, keadaan Adik Naim smakin Tenat..ABE Nasir, panggilan untk bapa ADik Naim membuat laporan polis kt hosptil.akn tetapi,,pengawal memberitahu bahawa, Laporan Hendak lah di buAT DI balai polis yg Berhampiran Tempat kejdian..jam pkol 11 keadaan adik naim sedikit melegakan.dengan letih , penat, tired,pening kepala..aku tetap mengagahkan diri untuk mendengar Berita Keadaan adik naim.


    Tut2x, ak tertido di atas tikar kaki lima wad ICU..Keletihan membuang perasaan malu aku..x clap stgah jam kemudian,suyah mengoyang tubuh ku..dgn mata yg mengantuk..ak berlari ke wad ICU.tmpt adik Naim ..lebih kurang pkol 1 pagi.adik Naim semakin tenat.Abe  Nasir tidak henti2x memberi kata2x semangat kpd anaknye itu..ak di sisi Abe Nasir..Sdey sngt2x.ak dapat bayang kan, betapa hibanya sorang insan bernama bapa .Tepat pkol 1.55 pagI.seluruh ahli keluarga meratapi Adik Naim..Adik Naim Menghembus nafas terakhir di bumi yg Fana ini..

                 (Adik Naim = Berbaju Merah) (Adik Bongsku =Adik Adam) 


SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN ADIK NAIM DITEMPAT ORANG YANG BERIMAN..AMIN...

Pergi Tak Kembali

Munsyid : Rabbani


Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa


Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata


Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya


Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana


Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim


Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi


Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi








Friday 6 May 2011

Selamat Hari IbU..

.Assalamualaikum dan salam sejahtera ..
Sempena Hari Ibu..aku sediakan puisi untukmu wahai Ibuku yang disyangi
..HAMIDAH BINTI YUNUS.Semoga ibu sentiasa panjang umo n dimurahkan rezeki selalu..aMin ya rabbialamin..

Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku

Aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...
engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu

Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH
juga kepada Ayah...!!!

..BuatmU iBU..