Assalamualaikum Warahmatullah Iwabarakatuh .,.
Ari ni, Penulis ingin Membicarakan
sedikit tentang Permasalahan Sosial Remaja Pada Zaman Sekarang.Sejak kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu
yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian,
hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini
diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak
seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk
membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan
nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada pemerhatian penulis.
Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara
punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
1. Keluarga yang miskin
tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal
daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan
akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan
serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup,
sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain
menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan
untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada
yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup
sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan
keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan
anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan
ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka.
Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya
yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang
tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak
remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal
terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa
bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor
keruntuhan akhlak.
2. Pengaruh persekitaran, luaran
dan media massa
Pelbagai
dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang
seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran
itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat
membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam
pergaulan bebas.Sekarang, kebanyakkan remaja sekarang terdedah dengan laman web
porno, penyebaran video seks, pengaruh filem, dan sebgainya.Pihak Kerajaan
hendaklah menyekat lama web yang boleh menyebabkan kerosakan akhlak. Melalui pengalaman penulis
melalui penyamaran. Hampir 70 % peratus pengguna Yahoo Massenger adalah yang mengalami masalah.Antaranya ialah,
Krisis keluarga, masalah kerja, pernah dirogol, ketagih seks, golongan mak
nyah, gigolo, dan sebgainya .Jumlah peratusan ini agak mengejutkan penulis
sendiri.
3. Pengaruh di sekolah juga penting
dalam pembentukkan akhlak remaja.
Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di
sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang
profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya
menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu
dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini
didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
4.Kurangnya didikan agama.
Pendidikan agama remaja pada zaman sekarang agak rendah.Daripada
mengucap kalimah syahadah , membaca Al-Quran, sehinggalah dari segi pengetahuan
mengenai hukum hakam Islam,Remaja
sekarang lalai serta kuranganya
pengetahuan.Ianya memang teruk sekaligus menyebabkan masalah social semakin
berleluasa.Penulis bukanya hebat sangat pun, tapi penulis ingin syorkan bahawa Pihak Kerajaan hendaklah mewajibkan
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM di wajibkan lulus dalam peperiksaan UPSR,PMR, SPM
mahupun STPM.Daripada pengetahuan Penulis, Pendidikan Islam tidak di masukkan dalam peperiksaan UPSR.Apa
salahnya, Pendidikan Islam dimartabatkan .Seperti kita tahu, Agama Islam
merupakan agama rasmi Negara Malaysia.Daripada lima mata pelajaran ke 6 mata pelajaran.Ianya bukan
mustahil.Daripada pengalaman berkerja Penulis dalam memilih calon untuk di temuduga, Penulis malu kerana
rakan-rakan seperjuangan Islam Penulis
gagal dalam matapelajaran Pendidikan Islam dalam peringkat PMR mahupun
SPM.Walhal, sebagai Penganut Agama Islam, mata pelajaran Pendidikan Islam hendaklah
dijadikan keutamaan.Jangalah kita mengangkat bahasa asing sebagai bahasa
pengantra.
Cara Mengatasi Masalah
1. Peranan ibu bapa
Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan
anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa
untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui
rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan
bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu
bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak
mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif
terhadap masalah, emosi dan keputusan.
Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan
akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti
penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran
luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di
sekolah.
Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan
rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan
tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang
oleh pihak berkuasa seperti polis.
Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir
sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah
mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang
bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah.
Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya
kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan
pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang
penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu
bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.
Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan
positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT
TINGGI-TINGGI”
Kesimpulan
Pelbagai langkah boleh diambil dan
dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan
peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan
remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana
pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.Apa yang penting..Kerjasama.
·